Friday, 14 February 2014

My birthday is coming..huahua2

18.FEBUARI.1995


ASsalamualAikum..
Tinggal beberapa hari lagi usia ku mencecah 19 tahun dan 19 tahun lepas jugaklah ak dilahirkan oleh seorang ibu iaitu Ruhani Bt Zakaria..ak ingin berterima kasih kepadanya kerana sanggup menjagaku sampai sekarang dan tidak lupa juga kepada bapaku yang bernama Mohd Kamil B Che Ismail susah payah mencari rezeki untuk membentuk keluarga yang sempurna.
Kepada kawan2 yang mengenali saya..Nurul Nazmi Sakira Bt Mohd Kamil ingin memohon maaf jika tersalah kata..terkasar bicara..tersinggung hati..Nazmi ingin memohon kemaafan..
Haraf kawan2 Nazmi dapat memaafkan NAZMI..

I LOVE U..



Salam Jumaat


RENUNG-RENUNGKAN LAH..


Hadith: 
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Huraian Hadith: 
1. Islam menyerlahkan perbezaan yang begitu ketara dengan agama-agama lain agar umatnya tidak terkeliru seperti membezakan arah qiblat, kitab suci, hari raya, hari kebesaran dan sebagainya.
2. Islam menetapkan bahawa hari Jumaat adalah sebagai penghulu segala hari. Ini berbeza dengan Yahudi yang membesarkan hari Sabtu dan Kristian yang membesarkan hari Ahad.
3. Perbezaan-perbezaan yang ditetapkan oleh Islam ini hendaklah diamalkan dan dihayati secara praktikal oleh umat Islam kerana dengan cara ini akan menyerlahkan lagi jati diri setiap muslim serta menjauhkan mereka daripada terpengaruh dengan adat dan budaya yang cuba dibawa masuk oleh musuh Islam.
4. Kegagalan umat Islam dalam mempromosikan Islam terhadap masyarakat bukan Islam akan mengakibatkan umat Islam dipandang hina dan Islam dipandang sepi. Dengan itu umat Islam hendaklah berhati-hati agar tidak terikut dengan semua adat dan budaya orang-orang bukan Islam sehingga membawa kepada rosaknya aqidah dan terpadamnya garisan yang telah ditetapkan oleh syarak

Baca ni Sahabat-sahabatku



Khas Buat Sahabat-sahabatku
 

Amat sukar dicari apa itu sahabat
Inikan pula sahabat sejati
Tetapi sepanjang perjalanan kehidupan ini
Aku mula mengerti siapa sahabat
Sahabat yang sentiasa membimbing aku ke jalanNya
Aku gembira, rasa hiba tiada dirasa
Jika ada sahabat bersamaku

Sejak dulu dibangku sekolah lagi
Aku bersama-sama kalian
menuntut ilmu tiada penghabisan
Disitu aku mengenali yang mana kawan dan yang mana lawan
Bukan aku memilih tapi aku cuba melakar corak kehidupan
agar aku dapat menjaga akhlak serta disiplin diri tatkala jauh dimata ibu dan ayah
Dan aku yakin kerna sahabat yang baik dapat membimbing aku ke jalan Ilahi

Dan kian dewasanya aku
Aku bertemu dengan lebih ramai Sahabat
Hidupku penuh warna
Bagai pelangi yang cantik coraknya
Menghiasi awan biru kehidupanku
Aku hargai setiap mereka yang hadir mewarnai dan menghiasi keindahanku
Terima kasih kepada mereka semua kerena tidak jemu bersamaku
Dari dulu, kini dan hingga keakhirnya
Moga kita sentiasa bersama hanya keranaNya

Disini sahabatku semuaya yang kukenali
walau dimanapun kita kenali
Kalian sentiasa bertahta disanubariku
Aku memohon kemaafan atas segala salah silapku sepanjang perkenalan kita
Aku tahu banyak salahku dan banyak jua kesalahanku selaku sahabat dan temanmu, maafkan diri yang tidak pernah sempurna ini.

Aku kian merindui sahabat yang jauh dariku
Teringat kenangan bersama yang telah kita coretkan
Yang kininya hanya bisa dikenang
Aku harap kalian juga masih terkenang masa lalu kita bersama
suka dan duka, yang tidak mungkin pernah padam dari ingatan
Biar ia bersemi untuk selamanya sahabatku.
                 

               

INFO POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB)


POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB) 






WARNA :

Merah Pulasan - Perjuangan dan persaingan yang sanggup dihadapi oleh pelajar dan staf PKB dalam memastikan PKB sentiasa maju dan berjaya.

Biru Langkawi - Warga PKB bersatu padu membentuk wawasan PKB.

Kelabu - Warga PKB yang sentiasa menggunakan daya intelek dan sentiasa bersederhana dalam apa jua tindakan.

Kuning Emas - Kemegahan, keunggulan dan semangat juang yang tinggi pelajar dan staf.

OVAL :

Rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan minda warga PKB mendukung hasrat dan cita-cita murni PKB dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar.

REHAL :

Punca ilmu sebagai sokongan utama kepada kejayaan.

HURUF JAWI :

"Pa", "Kaf" dan "Ba", singkatan "Politeknik Kota Bharu" dalam huruf jawi.

TIGA HEXAGON :

Melambangkan titik "pa" yang juga membawa maksud "Pelajar, Pensyarah dan Pengurusan" yang saling bergandingan ke arah menuju kecemerlangan.
BENTUK DUNIA :
Melambangkan konsep pengurusan PKB yang mesra global; mesra pelajar, mesra staf, mesra alam, mesra masyarakat dan mesra korporat.

SEJARAH PKB

Politeknik Kota Bharu mula beroperasi pada 1985 di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, Bunut Susu , Kelantan.
Politeknik Kota Bharu telah berpindah ke kampus kekalnya pada tahun 1988 di Kok Lanas, Ketereh.
Pada awal penubuhannya, bilangan pelajar adalah seramai 400 orang dengan 44 orang tenaga pengajar. Kini PKB mempunyai 5567 orang pelajar dengan 480 orang staf akademik dan 127 orang staf bukan akademik.
















 

Lyrics:When I Was Your Man - Bruno Mars"

 When I Was Your Man - Bruno Mars"





Same bed but it feels just a little bit bigger now
Our song on the radio but it don't sound the same
When our friends talk about you, all it does is just tear me down
Cause my heart breaks a little when I hear your name

It all just sounds like oooooh…
Mmm, too young, too dumb to realize
That I should have bought you flowers
And held your hand
Should have gave you all my hours
When I had the chance
Take you to every party
Cause all you wanted to do was dance
Now my baby's dancing
But she's dancing with another man

My pride, my ego, my needs, and my selfish ways
Caused a good strong woman like you tofe walk out my liFE
Now I never, never get to clean up the mess I made, ohh…
And it haunts me every time I close my eyes

It all just sounds like oooooh…
Mmm, too young, too dumb to realize
That I should have bought you flowers
And held your hand
Should have gave you all my hours
When I had the chance
Take you to every party
Cause all you wanted to do was dance
Now my baby's dancing
But she's dancing with another man

Although it hurts
I'll be the first to say that I was wrong
Oh, I know I'm probably much too late
To try and apologize for my mistakes
But I just want you to know

I hope he buys you flowers
I hope he holds your hand
Give you all his hours
When he has the chance
Take you to every party
Cause I remember how much you loved to dance
Do all the things I should have done
When I was your man
Do all the things I should have done
When I was your man

Thursday, 13 February 2014

Biodata Tun Dr.Mahathir



Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.

Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.